Friday, June 19, 2009

SEJARAH SMKT

Mengikut sejarah, penubuhan SMK Tobobon bermula pada 2hb Januari 2002. Oleh kerana bangunan sekolah pada masa itu masih dalam proses pembinaan, Sk Tobobon telah dijadikan sebagai sekolah tumpang selama setahun. Pengambilan pelajar perintis Tingkatan 1 seramai 65 orang telah dilakukan pada 14hb Januari 2002. Kelas-kelas Tingkatan 1 pada ketika itu dibahagikan kepada 3 kelas iaitu 1 Ikram, 1 Iltizam dan 1 Intelek. Para guru pula terdiri daripada 13 orang.

Bangunan SMK Tobobon siap sepenuhnya pada 3hb Januari 2003 dan majlis penyerahan sekolah dari pihak pemaju Teraju Asia Sdn. Bhd. kepada Jabatan Pendidikan Sabah telah diadakan pada tarikh berkenaan. SMK Tobobon mula beroperasi di bangunan baru pada 6hb Januari 2003. Sehingga kini ia mampu menampung 1765 orang pelajar dan 140 orang guru dan kakitangan bukan mengajar.

Pada Tarikh 6hb November 2008 bersamaan 8 Zulkaedah 1429 Majlis Perasmian Sekolah telah memahatkan satu detik bersejarah dalam lipatan diari sekolah. Tema Perasmian "Sejarah Terpahat Kegemilangan Tercipta" mencerminkan betapa bermaknanya peristiwa ini yang dikenang oleh generasi warga SMK Tobobon pada hari ini dan di masa akan datang.

0 comments: